Thursday, April 23, 2015

Titian Sirat Yang Gelap


Dengar huraian kitab tentang syurga neraka..rupa-rupanya titian sirat tu sangat gelap. Sahabat tanya nabi kalau gelap macam mana kita nak melintasinya. Kata nabi...dengan cahaya yang keluar dari anggota kita. Terang ke malap cahaya kita tu bergantung pada amalan kita masa di dunia. Ada org anggotanya bercahaya terang benderang...senanglah dia melintas titian sirat. Ada orang cahayanya terdapat pada ibu jari kakinya sahaja...maka melintaslah dia dgn cahaya yg terbatas itu. Ada orang pula cahayanya kejap ada...kejap padam...masa keluar cahaya dia pun berjalan..masa cahaya hilang dia stop dulu...begitulah dia sepanjang perjalanannya. Ya Allah..dengar macam ni.. kita rasa kita orang yang punyai cahaya yg gilang gemilang... yang sekejap ada sekejap takde...atau yang bercahaya pada hujung kakinya sahaja? Takutnyaaa... Doa Rasulullah memohon cahaya. Ya Allah, Jadikanlah cahaya di dalam penglihatanku, Jadikan cahaya di pendengaranku, Jadikan cahaya di lisanku, Jadikan cahaya di dalam hatiku, Jadikan cahaya di kananku, Jadikan cahaya di kiriku, Jadikan cahaya di depanku, Jadikan cahaya di belakangku, Jadikan cahaya di atasku, Jadikan cahaya di bawahku, Jadikan untukku cahaya di hari Kiamat, dan anugerahkanlah kepadaku cahaya yang gilang gemilang. Aamiin Ya Rabbal'alamiin.. Ahli-ahli syurga adalah orang-orang yang tidak akan bercakap perkara-perkara yang lagha Ahli-ahli syurga adalah orang yang bila bercakap tidak akan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati orang lain. Ahli-ahli syurga adalah orang-orang yang waktu senggangnya hanya dihabiskan dengan membaca quran dan melafazkan zikir memuji Allah. Kata nabi saw....Ahli neraka itu dia tidak mati dan tidak hidup....maknanya dia kejap mati ....kejap hidup...begitulah hingga tamat tempohnya di neraka itu. Tubuh badan anak Adam dilebarkan oleh Allah di dalam neraka beberapa hasta supaya kesakitan yg dirasai itu lebih banyak...Neraka itu terlalu gelap kerana apinya terlalu panas.Bayangkan berapa lama di neraka kerana kerana dosa-dosa? Seseorang yang hidup sentiasa dalam ketaatan kepada Allah..doa para ulamak agar orang ini juga akan mati dalam ketaatan kepada Allah. Ada yang dibakar hingga tamat tempoh...kemudian bila dah habis tu dia diam di dalam neraka menjadi arang...hinggalah tiba masa semuanya keluar masuk ke syurga.... Bayangkan...orang  bukan islam ni berapa lama dia akan tinggal di neraka Allah. Sebab itu kadang-kadang mengalir air mata kita bila kita lihat lalu nya jenazah orang-orang yang bukan islam... Nabi kita akan tunggu semua umatnya masuk ke syurga barulah nabi melangkah masuk ke syurga. Diriwayatkn nabi tunggu sampai org yg terakhir melintas titian sirat....dia berjalan dengan lambatnya. Nabi tunggu. Titian tu gelap sebab ia dibentangkan di atas neraka jahannam. Di hadapan titian sirat itulah syurga. Ada yg berjalan selaju angin...ini orang-orang yang tidak pernah sakitkan hati orang...sentiasa memberi daripada menerima. Orang yang terakhir ni...orang yang imannya paling lemah... Diriwayatkan syurga ni...pinggirnya saja sudah terlalu indah..belum lagi masuk ke dalam nya....ahli syurga ni suara pun sedap bunyinya. Lepas dia melintas titian sirat tadi...dia melihat sebatang pokok besar yang di bawahnya ada air yang mengalir. Dia minta pada Allah untuk duduk di situ...Allah kata duduk lah Kemudian di depan lagi dia tengok ada pokok lain yang lagi indah...dia mintak nak berada di bawah pokok tu....Allah pun izin.. Kemudian dia tengok lagi di hadapannya pokok yang lagi indah ...yang ada banyak lagi kenikmatan...dia pun mintak lagi nak duduk di situ...Allah pun benarkan juga. Dari situ dia dengar suara2 orang di dalam syurga..suara2 itu begitu merdu....dia minta dengan Allah untuk masuk dalam syurga. Allah pun benarkan.. Bila masuk...dia keluar semula....dia tanya Allah...adakah tempat untuk dia? Allah kata...pernah tak dengar masa di dunia dulu orang yang paling kaya? Dia kata pernah...Allah kata sesungguhnya untuk mu akan ku anugerahkan 10x ganda malah lebih-lebih lagi berbanding kekayaan orang yang paling kaya tu.... MasyaAllah betapa pemurahnya Allah. Orang yang paling last pun diberi nikmat sebegitu besar...apatah lagi orang-orang  yg taat pada Allah.

0 comments:

Post a Comment