Nabi pernah bersabda: sedeqah dapat menolakkan bala,
sedeqah dapat menyembuhkan penyakit, sedeqah dapat memanjangkan umur.
Kenapa orang yang dah mati mohon dihidupkan semula untuk
sedekahkan hartanya? Kenapa tidak pilih buat umrah atau puasa sekiranya
dia dikembalikan ke dunia...
Sebagaimana Allah menceritakan di dalam Al-quran (Wahai
tuhanku! Alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku
ke satu masa yang sedikit saja lagi supaya aku dapat bersedekah...
Tidak menyebut oleh orang yang mati akan sedekah melainkan
besar kesan sedekah yg telah dilihatnya selepas dia mati... Oleh itu
perbanyakanlah sedekah maka sesungguhnya orang yang beriman di hari kiamat
dapat berteduh di bawah bayang sedekahnya.
Dan tolong sedekah kepada orang yg telah meninggal dunia
dikalangan kamu, sesungguhnya mereka berangan-angan ingin balik ke dunia
dengan tujuan hendak bersedekah dan menjadi orang soleh...
Oleh itu tolong
tunaikan angan-angan mereka dan latih anak-anak kamu bersedeqah.
"Bala tidak pernah mendahului sedeqah".
Sebaik-baik sedekah yang boleh kamu lakukan sekarang ialah sebarkan ilmu ini dgn niat sedekah.
0 comments:
Post a Comment