♡Tadabbur Kalamullah♡
إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ ۚ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa
memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia
menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah
petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang
peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang
yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk
Islam)" [Surah Al-Qasas 56]
# Ibnu Kathir mengatakan mengenai tafsir ayat ini:
“Allah mengetahui siapa saja dari hambanya yang layak mendapatkan hidayah, dan siapa saja yang tidak layak mendapatkannya”
#Turunnya ayat ini berkenaan dengan cintanya
Rasulullah saw kepada bapa saudaranya Abu Talib. Segala cara dan upaya
yang dilakukan baginda untuk mengajak pakciknya kepada kebenaran, namun
pakciknya kekal tidak beriman sehingga ajal menjemputnya. Seorang Rasul
yang kita tahu kedudukannya di sisi Allah pun tidak mampu untuk memberi
hidayah kepada pakciknya, apalagi kita yang keimanannya sangat jauh
dibandingkan Baginda.
#Ini menunjukkan tugas kita ialah berdakwah dan bukan memberi hidayah krn hidayah milik mutlak Ilahi
#Dr.Wahbah az-Zuhaili dlm Tafsir Munir membahagikan hidayah kpd beberapa peringkat:
1. Hidayah Ilhami (naluri)
2. Hidayah hawasi (pancaindera)
3. Hidayah aqli (akal)
4. Hidayah deeni (agama)
5. Hidayah taufiqi (taufik)
2. Hidayah hawasi (pancaindera)
3. Hidayah aqli (akal)
4. Hidayah deeni (agama)
5. Hidayah taufiqi (taufik)
-Naluri, pancaindera dan akal adalah petunjuk Allah kepada manusia sebagai modal bagi manusia mendapat hidayah agama dan taufik
#Petunjuk dan hidayah daripada Allah adalah hak Allah untuk
diberikan kepada sesiapa yg dikehendakiNya. Oleh itu, kita juga perlu
berusaha untuk mendapatkan dan menjaganya. Antara usaha yg boleh kita lakukan
utk mendapat dan memelihara hidayah:
1. Berdoa:
"Wahai Tuhan kami yg membolak balikkan hati kami, arahkanlah hati kami ke arah ketaatan kpdMu" (HR Muslim) dan doa yg tdpt dlm surah Ali Imran ayat 8
"Wahai Tuhan kami yg membolak balikkan hati kami, arahkanlah hati kami ke arah ketaatan kpdMu" (HR Muslim) dan doa yg tdpt dlm surah Ali Imran ayat 8
2. Melengkapkan diri dengan ILMU:
Ilmu yg bmanfaat blh mjadi sebab kita mdpt dan kekal dlm hidayah
Ilmu yg bmanfaat blh mjadi sebab kita mdpt dan kekal dlm hidayah
3. Jauhi Dosa
Dosa boleh jadi penyebab untuk kita dijauhi hidayah malah boleh melucutkan hidayah yg telah dikurniakan
Dosa boleh jadi penyebab untuk kita dijauhi hidayah malah boleh melucutkan hidayah yg telah dikurniakan
#Mendapat hidayah daripada Allah hingga mampu mendirikan solat
adalah satu anugerah, kerana betapa ramai orang yang hanya diberi hidayah Islam tetapi tidak mendapat hidayah unttk mendirikan solat. Ada yg diberi hidayah solat
namun tdk pula mdpt hidayah utk menunaikan solat di awal waktu dan
secara berjemaah.
#Ibadah menjadi ringan apabila ada hidayah dan taufiq daripada Allah
♡Hidayah... ia boleh datang dan boleh pergi..Jagalah sebaik mungkin♡