Maksimumkan Prestasi Jualan Online anda Sepantas Kilat!

Senjata Terunggul yang akan BURU Bakal Pembeli untuk BIZZ ONLINE ANDA

Video Pantas - Bina Website atau Blog Wordpress Anda Dalam Masa 24 Jam

Jimat Lebih 300% Bina Website Anda Sendiri Tanpa Perlu Upah Orang.

Blogspot to Minisite

Panduan menghasilkan minisite, landing page dan squeeze page dengan Blogspot tanpa domain dan web hosting.

Pakej 4 eBook yang akan berkongsi rahsia menjana pendapatan 4 angka sebulan

Rahsia Dominasi Instagram - 'Main' Instagram 1 jam sehari, dan jana pendapatan 4 angka sebulan!.

Video Ebook Rahsia Putu Piring, Putu Bambu dan 10 Aneka Putu Special

Panduan video ebook cara membuat putu piring, putu bambu dan 10 aneka putu special edition. Pakej ini khas untuk buat di rumah dan juga untuk bisnes putu yang sangat lumayan.

Friday, August 14, 2015

Jodoh Rahsia Allah

Kadang seseorang kita tak suka tetapi ada banyak kebaikan kepada kita maka itu adalah rahsia Allah yang memberikan jodoh yang baik. Orang yang baik dengan pasangan yang baik.

Friday, August 7, 2015

Tadabbur Kalamullah 1436H






♡Tadabbur Kalamullah 21 Syawal 1436H♡


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ
"Wahai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar" (Surah at-Taubah 119)
#Dalam ayat ini, Allah telah memerintahkan kita agar menjadi insan bertaqwa dan memiliki sifat jujur (benar). 
#Firman Allah lg:
فَلَوْ صَدَقُوا اللَّهَ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ
"...Maka kalaulah mereka bersifat jujur kepada Allah (dengan mematuhi perintahNya), tentulah yang demikian itu amat baik bagi mereka"  (Surah Muhammad 21)
# Nabi saw menjelaskan keutamaan sikap jujur dan benar dlm kehidupan
عَلَيْكُمْ بِالصِّدْقِ فَإِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِى إِلَى الْبِرِّ وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِى إِلَى الْجَنَّةِ وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَصْدُقُ وَيَتَحَرَّى الصِّدْقَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ صِدِّيقًا
"Hendaklah kamu sentiasa berlaku jujur, krn sesungguhnya kejujuran akan mendekatkan kpd kebaikan dan sesungguhnya kebaikan akan mendekatkan kpd syurga. Jika seseorang sentiasa berlaku jujur dan berusaha utk jujur, maka dia akan dicatat di sisi Allah sbg orang yg jujur.." [HR Muslim]
#Dari al-Hasan bin Ali, Rasulullah bersabda:
دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لاَ يَرِيبُكَ فَإِنَّ الصِّدْقَ طُمَأْنِينَةٌ وَإِنَّ الْكَذِبَ رِيبَةٌ
"Tinggalkanlah apa yg meragukanmu dan ambilllah apa yg tidak meragukanmu.Sesungguhnya kejujuran lebih menenangkan jiwa, sedangkan dusta (menipu) akan menggelisahkan jiwa" [HR at-Tirmizi dan Ahmad, Sahih]
#Jujur adalah suatu kebaikan sedangkan menipu adalah suatu kejahatan dan kekejian.
#Yg namanya kebaikan pasti selalu mendatangkan ketenangan pd jiwa, sebaliknya kejahatan biasanya membawa kegelisahan dalam jiwa.
♡Ya Allah, mudahkanlah hambaMu utk sentiasa memiliki akhlak yg mulia ini, selalu berlaku jujur dalam segala hal dan sentiasa bersama dlm kumpulan org2 yg bertaqwa lg benar. 
Hanya Dikaulah Tuhan Yang Maha Memberi Taufik. Aamiiin♡

Thursday, August 6, 2015

5 perkara wajib buat sebelum nak kahwin - Ustaz Bollywood



Menjaga keharmonian rumahtangga merupakan keinganan setiap pasangan yang berkahwin.



jubah arab

Monday, August 3, 2015

Kahwin - Pesanan Nabi SAW kepada kaum Lelaki


Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki: “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.

1.Wanita Ananah: 
Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah: 
Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah: 
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah:
 Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah: ada 2 makna,
Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tunjukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : 
Banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Imam Al-Ghazali
 
Wallahu'alam

Thursday, July 30, 2015

♡Tadabbur Kalamullah Syawal 1436H♡



يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ* ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً
"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang. "Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)!" [Surah Al-Fajr 27-28]
#Keredhaan Allah hanya boleh dicapai dgn beriman kepadaNya yang Esa lagi Maha Kuasa, taat kpd segala titah perintahNya, tenang dan yakin terhadap janji-janjiNya. Inilah orang yg dinamakan "mutmainnah". Para malaikat memanggil mereka agar kembali ke pangkuan Tuhan mereka dgn mendapat limpahan kasih dan redhaNya.
#Menurut Imam at-Tabari, nafs mutmainnah atau jiwa yg tenang bermaksud jiwa yg sentiasa tenang dan yakin kepada janji Allah. Dia berjanji kepada mereka yg beriman kepadaNya bhw mereka akan mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat. Lalu mereka yg beriman percaya kepada janji tersebut.
#Justeru, orang yg benar2 ingin mencari keredhaan Allah mestilah mengikhlaskan niat, hanya keredhaan Allah yg dicari, bukan sanjungan manusia, bukan pujian orang ramai dan bukan juga kepuasan diri sendiri.
~إلهى أنت مقصودى ورضاك مطلوبى~
Bermaksud: "Tuhanku, Engkaulah yang aku tuju, keredhaanMu adalah pencarianku" [Syair Munajat]
#Rasulullah bersabda:
الْبِرُّ مَا سَكَنَتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَاطْمَأَنَّ إِلَيْهِ الْقَلْبُ ...
"Kebaikan itu adalah jiwa yg merasa tenang dan hati yg merasa tenteram"... [HR Ahmad, Sahih]
#Saudaraku pejuang2 agama sekelian, jika kita dpt mempertahankan ketenangan hati sehingga sentiasa teguh berada di jalan Allah, apa pun yg terjadi kepada kita, maka bergembiralah, krn kelak saat kita meninggalkan dunia yg fana ini, akan ada yg menyeru kpd kita dgn seruan ini:
"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang.Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! Maka masuklahlah ke dalam golongan hamba-hambaKu (yang berbahagia). Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!" [Surah al-Fajr 27-30]
♡Mencapai ketenangan abadi adalah matlamat tertinggi bagi setiap mukmin♡
         -تقبل الله منا ومنكم-

Monday, July 27, 2015

Tanda Banyak Dosa dan Penting Niat

Tanda kita banyak dosa , penting Niat dan Adat jadi ibadat

Kita Semua Sentiasa Diuji - Bersabar dan Redha



Firman Allah SWT: “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” (Al-Anbiyaa' 35)
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuinya tentang orang-orang yang berdusta.” (Al-'Ankabuut 2,3)
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”. Mereka itu ialah orang dilimpahi dengan pujian dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.” (Al-Baqarah 155-157)
Kita semua pasti diuji...
• Ada insan yang diuji dengan kesusahan dan kemiskinan ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan kesakitan, dihidapi bermacam penyakit ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan kekayaan dan kesenangan ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan kegagalan dan muflis ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan pangkat dan kedudukan ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan kecantikan, rupa dan wanita ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan kecacatan dan lumpuh ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan berbagai kelebihan dan bermacam kekurangan dalam hidup.
Ketahuilah...
• Bila engkau lihat seseorang yang kaya dan bergaji besar, ketahuilah sebenarnya dia sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang cantik dan kacak, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang berpangkat dan berkedudukan tinggi, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang alim, hebat dan banyak ilmu, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang sedih, gagal dan ditimpa bencana, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang sakit dan susah, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang cacat dan lumpuh, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang diberi dengan berbagai kelebihan dan bermacam kekurangan, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
Ingatlah...
• Kita kaya dan bergaji besar, kaya dan bergaji besar itu menjadi ujian kita.
• Kita cantik dan kacak, cantik dan kacak itu menjadi ujian kita.
• Kita berpangkat dan berkedudukan tinggi, pangkat dan kedudukan tinggi itu menjadi ujian kita.
• Kita alim, hebat dan banyak ilmu, alim, hebat dan banyak ilmu itu menjadi ujian kita.
• Kita gagal, sedih dan ditimpa bencana, gagal, sedih dan ditimpa bencana itu menjadi ujian kita.
• Kita sakit dan susah, sakit dan susah itu menjadi ujian kita.
• Kita cacat, lumpuh dan tak beberapa cantik, cacat, lumpuh dan tak beberapa cantik itu menjadi ujian kita.
• Kita mempunyai berbagai apa-apa lagi kelebihan dan bermacam kekurangan, itu menjadi ujian kita.
Setiap Ujian Pasti ada Hikmahnya. Bersabarlah.