Maksimumkan Prestasi Jualan Online anda Sepantas Kilat!

Senjata Terunggul yang akan BURU Bakal Pembeli untuk BIZZ ONLINE ANDA

Video Pantas - Bina Website atau Blog Wordpress Anda Dalam Masa 24 Jam

Jimat Lebih 300% Bina Website Anda Sendiri Tanpa Perlu Upah Orang.

Blogspot to Minisite

Panduan menghasilkan minisite, landing page dan squeeze page dengan Blogspot tanpa domain dan web hosting.

Pakej 4 eBook yang akan berkongsi rahsia menjana pendapatan 4 angka sebulan

Rahsia Dominasi Instagram - 'Main' Instagram 1 jam sehari, dan jana pendapatan 4 angka sebulan!.

Video Ebook Rahsia Putu Piring, Putu Bambu dan 10 Aneka Putu Special

Panduan video ebook cara membuat putu piring, putu bambu dan 10 aneka putu special edition. Pakej ini khas untuk buat di rumah dan juga untuk bisnes putu yang sangat lumayan.

Thursday, July 23, 2015

Tadabbur Kalamullah 7 Syawal 1436H







لَا يُحِبُّ اللَّهُ الْجَهْرَ بِالسُّوءِ مِنَ الْقَوْلِ إِلَّا مَنْ ظُلِمَ ۚ وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا
"Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui" [Surah An-Nisak 148]

#Ayat ini menegaskan bhw kata2 yg buruk tidak disukai Allah swt. Jika Allah tidak suka bererti Allah tidak meredhai atau menjauhkan dari rahmatNya. 
#Namun ada mufassir yg berpendapat, termasuk di dlm larangan ini ialah dilarang mendoakan celaka atau keburukan pd orang lain. 
#Yg disukai oleh Allah hanyalah kata2 yg sopan, yg indah, tdk menyinggung perasaan, yg tdk merosakkan akhlak.
# Perkataan إِلَّا مَنْ ظُلِمَ (kecuali dari orang yg dizalimi), merupakan pengecualian, atau rukhsah bagi yg teraniaya/dianiaya.
#Jika perkataan buruk atau doa keburukan itu disampaikan oleh orang yg teraniaya/org yg di zalimi, maka tidak dibenci olehNya bahkan akan dimakbulkan olehNya.

#Rasulullah saw bersabda:
وَاتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ فَإِنَّهُ لَيْسَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ اللَّهِ حِجَاب
"Takutlah kamu pada doa orang yg teraniaya, krn tidak ada penghalang antaranya dengan Allah swt". (HR al-Bukhari&Muslim)
وَاتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ فَإِنَّ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ مُسْتَجَابَة
"Takutlah kamu doa orang yg teraniaya, krn sungguh doanya akan dikabulkan" (HR al-Bukhari)
#Sesungguhnya Allah mengetahui apa yg dilakukan oleh manusia samada baik atau buruk walaupun dilakukan secara sembunyi. Allah juga tahu siapa yg zalim, siapa pula yg dizalimi, siapa yg berhak mengungkapkan keburukan, siapa pula yg tidak berhak.
وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا
"Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata" [Surah Al-Ahzab 58]

♡Berhati-hatilah kita dlm segala ucapan, perbuatan dan tindakan. Semoga Allah swt sentiasa pelihara kita drp terjebak dgn dosa dan kemurkaanNya♡
~SELAMAT MENUNAIKAN PUASA 6 HARI DI BULAN SYAWAL~

Memahami dan Mengurus Takdir

Berharap dan bergantung hanya kepada Allah SWT


Isteri Sebak Bila Tahu Kenapa Suaminya Minta Hari-Hari Dia Masak


Setiap kali pulang ke rumah, suamiku pasti membawa sekali buah tangan bersamanya. Kadang-kadang, dia membawa pulang roti. Kadang-kadang pisang goreng. Dan kadang-kadang buah cempedak. Senang cerita, memang tak miss lah hari-hari dia bersama buah tangan untuk kami.
Dan, setiap kali pulang juga, dia pasti meminta aku menghidangkan nasi untuknya. Lapar katanya...
Suatu hari, sedang dia berselera menghadap hidangan, ringan mulut aku ingin bertanya sesuatu kepadanya...
''Hmm... Abang. Saya nak tanya something kat Abang ni...''
''Ya sayang... Apa dia? Tanyalah... '' jawab dia dengan mulut dipenuhi nasi dan ulam.
''Tengahari, Abang memang tak makan kat ofis ke...?? '' soalku lembut.
''Ermm tak. Kenapa sayang??? '' pendek dan ringkas jawapan dia.
''Takdelah. Saya tengok abang hari-hari minta saya masak. Kalau boleh, saya nak juga berehat sehari dua. Kalau abang dah makan, untuk makan malam bolehlah saya masak ringan-ringan. Penatlah bang...
''Dengan si kenit ni yang tak duduk diam, rumah yang bersepah, kain baju berbakul-bakul yang nak kena basuh, jemur dan lipat... saya kadang-kadang stress...''
Satu-satu aku susun perkataan ini agar dia tidak terasa. Ustaz pun ada cakap, tugas memasak tu bukan tugas isteri tapi adalah tugas suami. Jadi, tak salah rasanya aku meluahkan perasaan. Lagi pun, aku minta tak masak je. Tugas-tugas lain aku buat. Harap sangat dia faham.
Dia memberhentikan kunyahannya. Lantas, saki-baki nasi yang masih tersisa, ditelannya terus. Kali ini, dia fokus dan tepat memandang mataku. Sebelum dia berbicara, secangkir senyuman dia hadiahkan untukku. Manis...
''Sayang, abang minta maaf kerana menyusahkan sayang. Abang tak tahu sayang penat. Kalau abang tahu, abang takkan minta sayang masak...''
Dia berhenti seketika mengambil nafas lalu menyambungnya kembali...
''Hmm... Ada 3 perkara yang abang rasa sayang perlu tahu kenapa abang tak makan tengahari...''
3 perkara? Apakah ia? Dalam debaran aku menanti dia memberitahu 'rahsia' tersebut.
''Pertamanya ialah kerana... Abang rindu nak makan masakan dari hasil air tangan isteri abang. Masakan sayang sedap. Tiada kedai yang mampu menyaingi kesedapan masakan sayang... ''
Allah... aku tersentap. Begitu mulianya hatimu wahai suami. Bersalah pulak aku rasa... dek kerana menyuarakan perasaan penat yang tak seberapa tadi. Belum sempat aku meminta maaf, dia menyambung lagi...
''Kedua... kalau abang makan tengahari, kenyang itu akan sampai ke malam. Jadi, bila pulang ke rumah, abang mungkin takkan makan lagi. Untuk tidak mengecewakan sayang, abang sanggup berlapar pada tengahari untuk makan masakan isteri tercinta abang ni...''
Saat itu, aku dah hampir tewas. Tewas dengan air mata yang ingin berlumba-lumba keluar dari bingkisan kelopak ini. Namun aku cuba menahannya sehingga perkara ketiga diberitahu suami...
''Dan ketiga ialah kerana abang tak ada duit. Duit makan tengahari abang, abang simpan. Abang simpan untuk belikan sayang dan Una 'hadiah' ketika mana abang pulang di waktu petang...''
Kala itu aku terus menerpa ke arah suamiku. Tangannya yang masih basah dengan kuah aku capai lantas ku cium memohon kemaafan darinya. Berdosanya aku...
''Takpe... Sayang tak buat salah pun dengan abang. Abang yang salah kerana menyerahkan tanggungjawab memasak kepada sayang. Besok In syaa Allah, abang masak sendiri k. Dah... jangan nangis...'' Sebak suaranya sambil memujuk aku.
Dalam esak tangisan ku itu, aku menggeleng-gelengkan kepala. Tak sanggup aku mengiyakan permintaannya. Dia yang seharian penat bekerja dan 'berpuasa' tak sepatutnya aku layan sebegitu rupa. Oh Allah... Ampuni aku dan rahmatilah suamiku...

Sebagai renungan bersama. Semoga kita sama-sama dapat muhasabah diri.
Untuk para isteri terutama suri rumah sepenuh masa. Ketahuilah bahawa kesemua 4 orang ketua wanita syurga adalah suri rumah sepenuh masa.

Sunday, July 19, 2015

Wahai Hati Tenanglah - Mencari Sakinah

Semoga menjadi penawar hati dan pembimbing mencari redho Allah SWT.

Thursday, July 9, 2015

KISAH BAJU RAYA ANAK PEMERINTAH ISLAM


Suatu hari anak Khalifah Umar Al-Khattab r.a pulang dari kelas pengajian sambil menangis teresak-esak.
Ketika ditanya oleh ayahnya, ia menjawab bahawa teman-teman di tempat pengajiannya menghina bajunya yang penuh dengan tampalan (baju yang bertampal-tampal).
Di antara mereka mengatakan : “Hai kawan-kawan, perhatikan berapa jumlah tampalan baju budak ini..."
Ia menjadi bahan ketawa teman-temannya sehingga membuat hatinya teramat sedih...
Kehidupan seharian keluarga pemerintah Islam Khalifah Umar memang sangat sederhana.
Walaupun berjawatan sebagai Khalifah (pemimpin negara), tampalan di bajunya ada empat belas tampalan.
Salah satunya ditampal dengan kulit kayu.
Tibalah suatu hari apabila Saidina Umar Al-Khattab r.a berhajat untuk membelikan pakaian baru untuk anaknya di bulan Syawal (Hari Raya)
Kerana ketiadaan wang, pergilah Saidina Umar r.a ke Baitulmal untuk meminjam beberapa dirham untuk membeli pakaian tersebut.
Kerana tidak bertemu dengan Bendahara Baitulmal, beliau meninggalkan sepucuk surat, isinya seperti berikut :
“Kepada Bendahara Baitulmal yang saya hormati...
Saya memohon pinjaman sebanyak empat dirham. Insya'Allah pada awal bulan depan, setelah pembahagian gaji dari Baitulmal, saya akan bayar balik dengan kadar segera..”
Tuan Bendahara tidak cepat-cepat mengambil wang dari Baitulmal untuk dikirimkan kepada Khalifah.
Sebaliknya dia mengamati isi surat itu lama-lama...
Dia mengetahui bahawa pemimpinnya itu bukan jenis penguasa yang memanfaatkan amanah rakyat untuk kepentingan peribadinya.
Tuan Bendahara Baitulmal menjawab surat Khalifah dalam bentuk sebuah pertanyaan...
"Kepada Amirul-Mukminin Umar bin Al-Khattab,
Telah saya baca surat Tuan tentang permohonan pinjaman dari wang Baitulmal.
Saya sekadar ingin bertanya, apakah Tuan berani JAMIN bahawa diri Tuan masih hidup sampai awal bulan depan sehingga saya dapat menuntut hutang Baitulmal dari Tuan?
Seandainya ajal menjemput Tuan sebelum awal bulan, apakah Tuan mampu mempertanggungjawabkannya di hadapan الله ?
Wassalam..”
Selesai membaca surat balasan dari Pejabat Baitulmal, Khalifah Umar merasa amat sedih kerana tidak mampu menunaikan hajatnya untuk membeli baju baru untuk anaknya.
Setibanya Hari Raya, Umar Al-Khattab r.a melihat anaknya memakai baju yang bertampal-tampal dan beliau terus menangis.
“Mengapa engkau menangis, wahai ayahku?” tanya anaknya.
Umar r.a menjawab :
“Aku bimbang hatimu sedih di Hari Raya apabila kawan-kawanmu menghina bajumu yang bertampal-tampal itu.”
Kemudian anaknya berkata : “Seharusnya yang harus bersedih itu ialah orang yang tidak mendapat keredhaan الله dan menderhakai kedua orang tuanya.
Sesungguhnya aku berharap agar الله Azza wa Jalla memberikan redha-Nya kepadaku sebab keredhaanmu kepadaku..”
Semakin deras air mata Khalifah Umar mengalir apabila mendengar kata-kata anaknya dan beliau terus memeluknya dan mendoakannya.

Tuesday, June 23, 2015

Kehidupan



Waktu sedang "Berjaya" kita merasa banyak teman di sekeliling kita.
Waktu sedang "Berkuasa" kita percaya diri boleh melakukan apa saja.
Waktu sedang "Tak Berdaya" barulah kita sedar siapa saja sahabat sejati yang ada.
Waktu sedang "Jatuh" kita baru sedar selama ini siapa saja teman yg memperalat dan memanfaatkan kita.
Waktu sedang "Sakit" kita baru tahu bahwa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.
Manakala "Miskin" kita baru tahu bahwa orang harus banyak memberi/menderma & saling membantu.
Masuk "Usia Tua" kita baru tahu kalau masih banyak yang belum dikerjakan.
Saat "di Ambang Ajal" kita baru tahu ternyata begitu banyak waktu yg terbuang sia-sia.
Hidup tidaklah lama,
Sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA:
Saling menghargai,
Saling membantu,
Saling memberi,
Saling mendukung.
Jadilah teman setia tanpa syarat ...
Jangan saling memotong & menggunting sesama teman...
Tunjukkanlah bahwa anda masih mempunyai Hati Nurani yg tulus. Jauhkan niat jahat untuk mencelakai atau memfitnah.
Jauhkan niat memaksa seseorang melakukan suatu hal untuk kepentingan peribadi kita.
Apa yg ditabur itulah yang akan dituai.
ALLAH SWT tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, bunga selalu mekar, dan mentari selalu bersinar.
Tapi ketahuilah bahwa ALLAH SWT selalu memberi pelangi di setiap badai, senyuman di setiap air mata, rahmat & berkat di setiap cobaan, dan jawapan di setiap doa......
Jangan pernah menyerah , Terus berjuanglah,
Life is so beautiful....
Hidup bukanlah suatu tujuan, melainkan sebuah perjalanan.
Sahabatku,
Indahnya hidup bukan kerana banyak orang mengenal kita, namun berapa banyak orang yang bahagia mengenal kita.
Semoga bermanfaat utk diriku dan sahabatku yg lain.

Hailulah , Qoilulah dan A'ilulah


Apakah itu Hailulah , Qoilulah dan A'ilulah?
1- Hailulah ialah tidur selepas solat Subuh (orang yg  tak bangun solat Subuh juga termasuk) Hailulah menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki.
2- Qoilulah ialah tidur sekejap sebelum solat Zohor sekadar 26 minit, ianya amat bermanfaat (sumber kekuatan solat mlm).
3- A'ilulah ialah tidur selepas solat Asar, ianya mengundang penyakit pd badan dan jiwa serta perasaan gundah gulana, kecewa dan gelisah.